Kisah Kejayaan
Penggunaan Kemudahan ICT untuk Perniagaan
Pengusaha Otak Otak Ledang, Pn Norliza Binti Haman telah menggunakan aplikasi seperti Microsoft Powerpoint dan Photo Editor bagi membantu beliau dalam penyediaan slide sempana perasmian kilang otak otak baru beliau.Dengan adanya latihan dan kemudahan di PI Teluk Rimba , beliau telah dapat menghasilkan satu slide perasmian dengan bimbingan petugas PI. Kini beliau mula berjinak jinak untuk mempromosikan perniagaannya di atas talian dengan kemudahan ,bimbingan dan latihan yang disediakan di Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia.
Penggunaan Kemudahan ICT untuk Perniagaan
Pn Norjihan Binti Ahmad merupakan perniaga sambilan yang menjual produk kecantikan secara dropship dimana beliau menggunakan social media seperti facebook untuk mempromosi produk kecantikan dan kesihatan seperti perlashine dan perlaking. sebagai peniaga yang baru memulakan perniagaan, beliau kerap meminta bimbingan dan nasihat dari segi penggunaan social media untuk meningkatkan promosi bagi produk kecantikan yang dijualnya. Beliau juga menggunakan microsoft excel untuk merekodkan pengaliran keluar masuk duit hasil dari jualan harian. Kini, Pn Norjihan telah memulakan perniagaan produk kecantikan yang kini dijual secara fizikal.
Penggunaan Kemudahan ICT untuk Perniagaan.
Usahawan Home Made baking , Pn Nor Hidayah Binti Razak telah menggunakan aplikasi seperti Facebook sebagai medium di media sosial bagi membantu beliau dalam bahagian pemasaran kek-kek dan kuih yang dibuat sendiri oleh beliau.
Kini beliau mula banyak mempromosikan perniagaan dan produknya nya di atas talian dengan menggunakan media sosial Facebook sebagai medium penjualan di atas permintaan pelanggan atau pun tempahan untuk majlis.
Penggunaan Kemudahan ICT untuk Perniagaan.
Pengusaha Mee Siput Kak Cik, Md Shahir Meskon telah menggunakan aplikasi media sosial secara atas talian sebagi medium mempromosikan kepada pihak luar seperti Facebook, aplikasi Facebook banyak membantu beliau mengembangkan lagi perniagaan secara luas ke Semenanjung Malaysia.
Sebelum ini pengusaha Mee Siput Kak Cik juga banyak menerima tempahan daripada pihak tempatan dan juga dari negeri lain selain Johor. Banyak lagi yang boleh dipelajari beliau dengan menggunakan media sosial sebagai medium dalam bidang pemasaran dan memperluaskan lagi produk ke pasaran luar supaya dapat meningkatkan lagi permintaan keluaran produk. Boleh layari link video ini sedikit penerangan dari pada pengusaha Mee Siput Kak Cik : https://www.facebook.com/menarikditangkak/videos/1296928727068717.
Penggunaan Kemudahan ICT untuk Perniagaan.
Pembekal daging, Pn. Meriah Binti Abd Hadi telah menggunakan applikasi Microsoft Office Words dan Microsoft Excel untuk membuat kertas kerja projek ternakan kambing miliknya. Beliau juga telah menggunkaan Powerpoint sewaktu pembentangan bersama MPOB sewaktu didalam proses membesarkan projek ternakan miliknya.
Beliau juga kerap meminta bimbingan dan nasihat mengenai Social media seperti Facebook dan email untuk digunakan didalam perniagaan daging kambing di atas talian miliknya daripada Staff PI. Di peringkat awal permulaan projek ternakan kambing miliknya, pengusaha dan juga pembekal daging kambing tempatan iaitu Puan Meriah Binti Abdul Hadi telah menggunakan applikasi Microsoft Office Words dan juga Excel sewaktu membuat kertas kerja bagi pembukaan kandang kambing beliau. Tambahan pula, beliau kerap meminta bimbingan dan bantuan dari staff PI Telok Rimba mengenai penggunaan ‘Social Media’ seperti Facebook dan juga email untuk kelancaran perniagaan daging kambing segar di atas talian.
Dengan mengikuti latihan, kemudahan yang terdapat di PI Telok Rimba dan juga diatas bimbingan staff PI, beliau berjaya membuka kandang kambing miliknya dengan jayanya. Puan Meriah Binti Abdul Hadi merupakan penternak kambing yang baru meningkat naik didaerah Tangkak. Beliau telah mengusahakan ternakan dan perniagaan ini bersama dengan anak-anak dan juga menantunya. Hasil usaha beliau dan keluarga, jumlah ternakan kambing miliknya semakin bertambah dan beliau telah memulakan perniagaan daging kambing segar di atas talian seperti Facebook. Beliau juga pernah ditemu ramah oleh wartawan The Star Online mengenai usahanya dalam menjadi pembekal daging kambing bersama anak-anak dan keluarganya yang kian berjaya. Ternakan kambing miliknya juga telah membuka mata penduduk tempatan mengenai hasil usaha anak tempatan.
Penggunaan Kemudahan ICT untuk Perniagaan.
Usahawan Stokis Produk Kecantikan , Pn Rafiza Binti Rahata telah menggunakan aplikasi seperti Facebook sebagai medium di media sosial bagi membantu beliau dalam bahagian pemasaran produk-produk kecantikan. Bermula daripada bawah sehingga memiliki kedai sendiri untuk menjual produk-produk kecantikan tersebut. Beliau banyak membantu sahabat-sahabat dan pada mereka yang mahu memulakan perniagaan seperti beliau, juga mengajar menjadi seperti beliau.
Kini beliau mula banyak mempromosikan perniagaan dan produknya nya di atas talian dengan menggunakan media sosial Facebook sebagai medium penjualan di atas permintaan pelanggan. Boleh hubungi beliau untuk menjadi berjaya sepertinya. Juga boleh tempah barang sama ada “cod” ataupun postage.
Kisah kejayaan (Celik IT)
Alya Sofea binti Mohd Jasman
13 Tahun
Penggunaan Kemudahan ICT untuk menambahkan pengetahuan.
Sebelum Menyertai kelas ICT
Alya Sofea merupakan pelajar darjah 4 di Sekolah Rendah Kebangsaan Telok Rimba. Menetap di kawasan kampung yang terletak jauh dari kawasan bandar menyebabkan Alya dan rakan-rakan berada jauh ketinggalan dari dunia teknologi. Pada penghujung tahun 2016, kampungnya telah menerima satu fasiliti baru iaitu Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia yang terletak tidak jauh dari rumah Alya. Pada awalnya, atas dasar ingin tau dia dan rakan-rakan sekadar datang untuk menggunakan komputer yang ada tetapi menyedari pengetahuan mereka dalam menggunakan computer atau internet sangat terhad lalu dengan galakan staff PI1M, mereka mendaftarkan diri di kelas ICT yang dianjurkan di sana.
Selepas menyertai Kelas ICT
Setelah beberapa bulan menyertai kelas yang dianjurkan setiap minggu, Alya berjaya mengatasi kelemahannya dalam menggunakan komputer. Dari seorang pelajar yang tidak tahu menggunakan ‘keyboard’ dan ‘mouse’, akhirnya Alya tahu fungsi komputer, internet dan cara-cara menggunakannya dengan baik. Walaupon begitu, Alya masih tetap menghadirkan diri di setiap kelas yang dianjurkan untuk menambah pengetahuannya di dalam dunia ICT.
Kisah kejayaan (Celik IT)
Amirah Afiqah Binti Mohd Anis
6 Tahun
Penggunaan Kemudahan ICT untuk menambahkan pengetahuan.
Sebelum Menyertai kelas ICT
Amirah adalah pelajar Tabika Kemas Telok Rimba. Lawatan ke Pusat Ekonomi Digital oleh Tabika Kemas telah mengenalkan Amirah kepada computer buat pertama kalinya. Untuk beberapa kali seterusnya, ibunya telah membawa Amirah dan abangnya ke Pusat Ekonomi Digital untuk menguruskan pendaftaran mereka berdua. Tertarik dengan kelas ICT yang dilihat oleh mereka sewaktu mengunjungi Pusat Ekonomi Digital telah membuatkan ibu Amirah mendaftar Amirah sebagai Ahli Pusat Ekonomi Digital seterusnya sebagai pelajar Kelas ICT.
Selepas menyertai Kelas ICT
Pertama kali menghadiri kelas ICT, Amirah belajar mengenali mengenai computer dan seterusnya belajar menggunakannya dengan rasa seronok. Dia juga sentiasa berminat untuk berlajar perkara yang baru dan menyeronokkan seperti belajar mewarna secara online.
Kisah kejayaan (Celik IT)
Muhammad Faezin Bin Mohd Johari
9 Tahun
Penggunaan Kemudahan ICT untuk menambahkan pengetahuan.
Sebelum Menyertai kelas ICT
Faezin telah mendaftar sebagai Ahli Pusat Ekonomi Digital pada tahun 2017 bersama ibunya. Merupakan kanak-kanak yang riang tetapi mempunyai rasa ingin tahu yang kuat terhadap dunia moden terutama sekali dalam bidang IT telah menyebabkan dia mendaftar ke dalam kelas ini bersama rakan-rakannya. Setelah melihat abangnya Berjaya memasuki Universiti dan memiliki ijazah, Faezin semakin tekad untuk belajar bersunnguh-sungguh. Ibunya juga sentiasa menyokong Faezin dalam menacapi impiannya untuk memiliki kejayaan dimasa hadapan.
Selepas menyertai Kelas ICT
Sekarang Faezin Berjaya menggunakan computer tanpa kesalahan dan dia juga semakin mahir menggunakan software yang terdapat didalam computer. Faezin sentiasa menggunakan computer untuk menggunakan internet dan youtube. Minatnya terhadap gubahan video semakin menyebabakan dia seronok dalam belajar mengenai ICT.
Kisah kejayaan (Celik IT)
Muhammad Hasif bin Mohd Noor
14 Tahun
Penggunaan Kemudahan ICT untuk menambahkan pengetahuan.
Sebelum Menyertai kelas ICT
Hasif adalah seorang kanak-kanak yang menetap di Kampung Telok Rimba dan juga merupakan pelajar di Sekolah Kebangsaan Telok Rimba. Pada awal tahun 2017, rakan sekelas iaitu Aiman Haziq dan abangnya telah mengajak Hasif untuk mendaftarkan diri di Pusat Ekonomi Digital yang baru sahaja ditubuhkan di kampungnya. Setelah menjadi ahli di sana, Hasif mengetahui bahawa Pusat Ekonomi Digital turut mengadakan kelas ICT secara percuma kepada ahli di Pusat Ekonomi Digital 2 kali seminggu iaitu hari Jumaat dan Sabtu. Oleh kerana didorong oleh rasa minat kepada ICT dia telah menyertai kelas ICT tersebut setiap Jumaat dan Sabtu malahan turut aktif dalam setiap kelas yang disertai.
Selepas menyertai Kelas ICT
Pada awalnya, Hasif tidak tahu menggunakan computer menyebabkan dia perlu bertanya cara-cara menggunakan computer kepada kawannya atau staff di Pusat Ekonomi Digital tetapi setelah menyertai kelas ICT, dia semakin mahir dalam menggunakan computer menjadikan dia sebagai tempat rujukan dikalangan rakan-rakannya yang lain. Di antara kesemua kelas yang telah disertai oleh Hasif, dia paling menyukai dengan kelas Kahoot! kerana cita-citanya ketika dewasa nanti adalah ingin menjadi seorang guru.
Kisah kejayaan (Celik IT)
Muhd Haziq Aiman Bin Mansor
13 Tahun
Penggunaan Kemudahan ICT untuk menambahkan pengetahuan.
Sebelum Menyertai kelas ICT
Aiman Haziq merupakan salah seorang kanak-kanak berumur 11 tahun yang menetap di Kampung Telok Rimba dan juga seorang pelajar di Sekolah Kebangsaan Telok Rimba. Pada awal pembukaan Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia di Telok Rimba, dia telah mendaftarkan diri sebagai ahli dan pada mulanya dia hanya datang untuk menggunakan computer bersama rakan-rakan sekelasnya. Suatu hari, Aiman telah ternampak notis mengenai kelas ICT dan terus mendaftarkan untuk kelas seterusnya. Di kelas tersebut, dia telah berjumpa rakan-rakannya yang lain dan melalui kelas ICT yang pertama tersebut dia telah meraih ilmu pengetahuan mengenai dunia ICT yang tak pernah dia ketahui sebelum ini.
Selepas menyertai Kelas ICT
Pengetahuannya yang terbatas mengenai computer telah menjadikan Aiman pengguna internet yang pasif dan setelah menyertai kelas ICT yang telah dianjurkan oleh Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia di kawasan kampungnya, Aiman semakin mahir dalam mengendalikan computer malahan dia juga telah mengajar rakan-rakannya yang lain mengenai computer jika berkelapangan.
Kisah kejayaan (Celik IT)
Muhammad Jaris Fathullah Bin Johari
11 Tahun
Penggunaan Kemudahan ICT untuk menambahkan pengetahuan.
Sebelum Menyertai kelas ICT
Jaris Fathullah telah mendaftar sebagai Ahli Pusat Ekonomi Digital pada tahun 2017 bersama bapanya. Merupakan kanak-kanak yang riang tetapi mempunyai rasa ingin tahu yang kuat terhadap dunia moden terutama sekali dalam bidang IT telah menyebabkan dia mendaftar ke dalam kelas ini bersama rakan-rakannya.
Selepas menyertai Kelas ICT
Sebagai kanak-kanak yang menetap di kawasan pinggir bandar, pengetahuannya terhadap ICT adalah terhad justeru penyertaan Jaris ke kelas ICT yang dianjurkan oleh Pusat Ekonomi Digital telah membuka satu ruang baru untuk dia belajar mengenai kemodenan dunia iaitu IT. Jaris juga merupakan kanak-kanak yang rajin bertanya dan tidak takut untuk bertanya untuk meraih pengetahuan jadi dia semakin cekap menggunakan computer.
Kisah kejayaan (Celik IT)
Khairunnisan Binti Norhisam Suhairi
10 Tahun
Penggunaan Kemudahan ICT untuk menambahkan pengetahuan.
Sebelum Menyertai kelas ICT
Khairunnisa Bt Nor Hisam Suhairi juga dikenali sebagai Nisa merupakan pelajar darjah 4 Sekolah Rendah Kebangsaan Telok Rimba. Sebagai seorang kanak-kanak yang membesar di kawasan kampng, Nisa tidak mengenali mahupun merasakan kepentingan dunia ICT atau teknologi moden seperti kanak-kanak lain yang menetap di kawasan bandar. Pada Januari 2017, Ibunya telah mendaftarkan Nisa ke kelas ICT di Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia Telok Rimba bersama rakan-rakannya yang lain. Melalui kelas ini, Nisa telah diberi peluang untuk mendalami ilmu ICT dan teknologi moden justeru memahami kepentingan-kepentingannya didalam kehidupan dimasa kini.
Selepas menyertai Kelas ICT
Setelah Setelah menyertai kelas-kelas yang disediakan Nisa berupaya menggunakan komputer dan internet dengan mahir untuk menyelesaikan tugasan yang diberi oleh gurunya dengan mudah malahan keputusan peperiksaan Nisa juga bertambah baik kerana Nisa telah menggunakan kemudahan internet yang disediakan di Pusat Ekonomi Digital Telok Rimba untuk belajar dan membuat latihan subjek sekolah rendah secara online. Melalui internet juga Nisa telah mengenal pasti minatnya kepada muzik dan bercita-cita untuk menjadi komposer muzik yang dikenali ramai.
Kisah kejayaan (Celik IT)
Siti Nur Batrisyia Khairunnisa Binti Johari
7 Tahun
Penggunaan Kemudahan ICT untuk menambahkan pengetahuan.
Sebelum Menyertai kelas ICT
Siti Nur Batrisyia merupakan kanak-kanak berumur 7 tahun, dia belajar di sekolah rendah Telok Rimba. Pada tahun ini dia telah mendaftar sebagai ahli Pusat Ekonomi Digital Telok Rimba oleh ayahnya untuk belajar mengenai ICT. Pada awal kelas, Batrisya telah diajar secara asas daripada mula kerana pengetahuannya terhadap IT adalah sangat terhad. Oleh itu, ayahnya Encik Johari telah mendaftarkan Batrisya kekelas IT di Pusat Ekonomi Digital Telok Rimba diatas usaha menambah pengetahuan di dalam bidang IT justeru memudahkan pembelajar Batrisya dikala dewasa nanti.
Selepas menyertai Kelas ICT
Setelah menyertai kelas ICT, Batrisyia Berjaya menggunakan computer dengan tepat dan betul. walaupon pengetahuanya mengenai computer adalah limited, Batrisyia berusaha untuk belajar dengan lebih lanjut selain ingin menambahkan ilmu mengenai teknologi.
Kisah kejayaan (Celik IT)
Nur Shariza Binti Satar
19 Tahun
Penggunaan Kemudahan ICT untuk menambahkan pengetahuan.
Sebelum Menyertai kelas ICT
Nur Shariza juga dikenali sebagai Iza menyedari kelebihan belajar ICT terutama sekali setelah dia melangkah ke tingkatan enam di Sekolah Menengah Mahmud Iskandar. Menjadi pelajar yang menuntut di tingkatan enam memerlukan dia banyak menggunakan komputer dan internet untuk mencari bahan pengetahuan, membuat kerja rumah atau menguruskan perihal pelajaran. Menyedari kepentingan ICT di dunia serba moden ini, dia bertekad untuk menambah pengetahuan di dalam bidang ICT. Sebagai remaja yang akan meneraju negara di masa hadapan, dia telah mengikuti kelas ICT yang telah dianjurkan oleh PI1M di kawasan tempat tinggalnya iaitu PI1M Telok Rimba dan melalui kelas tersebut dia telah mahir menggunakan Microsoft Word, Excel, PowerPoint dan pengetahuan ICT yang lain malahan dia menyedari bakat terpendamnya dalam Adobe Photoshop.
Selepas menyertai Kelas ICT
Walaupon Iza merupakan peserta mahir di dalam kelas ICT PI1M Telok Rimba, dia tetap mengikuti kelas selanjutnya malahan memberi tunjuk ajar kepada peserta yang lain. Iza juga berazam untuk belajar mengenai website/blog/social media dengan lebih menyeluruh untuk memulakan perniagaan onlinenya.
Kisah kejayaan (Celik IT)
Nurul Syafiqah Binti Jamal
14 Tahun
Penggunaan Kemudahan ICT untuk menambahkan pengetahuan.
Sebelum Menyertai kelas ICT
Syafiqah telah mendaftar sebagai Ahli Pusat Ekonomi Digital pada tahun 2017 bersama rakan-rakannya. Merupakan kanak-kanak yang riang tetapi mempunyai rasa ingin tahu yang kuat terhadap dunia moden terutama sekali dalam bidang IT telah menyebabkan dia mendaftar ke dalam kelas ini bersama rakan-rakannya. Sebagai seorang pelajar sekolah menengah yang memerlukan dia untuk membuat kerja sekolah dengan menggunakan computer membuatkan Syafiqah menyertai Kelas ICT di Pusat Ekonomi Digital Telok Rimba. Di situ, dia belajar menggunakan computer bermula dari asas dan dapat memahami kegunaan internet yang betul.
Selepas menyertai Kelas ICT
Selepas menyertai Kelas ICT di Pusat Ekonomi Digital Telok Rimba, Syafiqah dapat menggunakan ilmunya itu untuk mengajar adik-adiknya mengenai ICT. dia juga menggunakan internet untuk menyelesaikan kerja sekolahnya selain dapat menolong ibunya menyelesaikan mengenai pendaftaran sekolah.
Kisah kejayaan (Celik IT)
Nurul Syakirah Binti Jamal
10 Tahun
Penggunaan Kemudahan ICT untuk menambahkan pengetahuan.
Sebelum Menyertai kelas ICT
Nur Shakirah Binti Jamal merupakan pelajar sekolah rendah yang berumur 11 tahun. Beliau telah menjadi ahli di PI1M Telok Rimba semenjak tahun 2017 setelah ibunya Pn Jamilah telah mendaftarkan beliau dan adik-beradiknya ke kelas ICT PI1M Telok Rimba. Merupakan pelajar yang akan menghadapi peperiksaan UPSR pada tahun depan menyebabkan Pn Jamilah membuat keputusan untuk menghantar Shakirah dan anak-anaknya yang lain ke kelas ICT PI1M Telok RImba untuk belajar mengenai ICT. Kakak sulungnya Nurul Syafiqah merupakan pelajar sekolah menengah yang bersemangat terhadap pelajar yang telah membangkitkan semangat Shakirah terhadap ICT sementelah pula beliau hanya menggunakan computer untuk beberapa kali sahaja.
Selepas menyertai Kelas ICT
Semenjak menghadiri ke kelas ICT, Shakirah mula merasakan keseronokan ICT dan kemajuan teknologi sehingga membuatkan Shakirah bersemangat untuk mempelajari benda baharu di masa hadapan.
Kisah kejayaan (Celik IT)
Qaseh Umairah Binti Norhisam Suhairi
12 tahun
Penggunaan Kemudahan ICT untuk menambahkan pengetahuan.
Sebelum Menyertai kelas ICT
Qaseh Umirah Binti Norhisam Suhairi merupakan seorang pelajar sekolah darjah enam dan akan menduduki peperiksaan UPSR 2018. Kekurangan pendedahan mengenai teknologi moden menjadikan Qaseh kekurangan pengetahuan mengenai ICT dan Qaseh juga tidak pernah didedahkan mengenai asas pembelajaran ICT dan cara penggunaan yang betul dari segi atas talian, perisian dan juga perkakasan mengenai computer. Setelah mengetahui mengenai kelas ICT yang dianjurkan oleh Pusat Ekonomi Digital Telok Rimba yang terletak berdekatan dengan rumahnya, dia telah hadir ke kelas ICT setiap minggu untuk belajar untuk emnggunakan computer dengan tepat dan betul.
Selepas menyertai Kelas ICT
Sekarang Qaseh merupakan pelajar yang mahir menggunakan komputer berbanding rakan-rakannya di sekolah dan dengan berbekalkan pengetahuan yang diperolehinya didalam kelas ICT yang dihadiri setiap minggu dia juga kerap membantu rakan-rakan yang tidak tahu menggunakan computer. Qaseh juga sering mengajak rakan-rakan sebaya dengannya ke Pusat Ekonomi Digital untuk menghadiri kelas ICT dan juga membuat kerja sekolah bersama-sama.
Kisah kejayaan (Celik IT)
Shahrul Fiqry Bin Shahril
11 Tahun
Penggunaan Kemudahan ICT untuk menambahkan pengetahuan.
Sebelum Menyertai kelas ICT
Shahrul Fiqry merupakan pelajar Sekolah Rendah Telok Rimba. Merupakan pengawas sekolah dan akan menghadapi UPSR pada tahun 2019. Dia telah menjadi ahli Pusat Ekonomi Digital Telok Rimba pada tahun 2017 setelah mengunjungi Pusat Ekonomi Digital bersama-sama rakan-rakannya. Memiliki sedikit pengetahuan mengenai computer menyebabkan dia berminat untuk menyertai Kelas ICT sebagai usaha untuk menambahkan pengetahuan dalam ICT.
Selepas menyertai Kelas ICT
Berminat didalam e-sport menyebabkan Shahrul aktif dalam menghadiri kelas ICT. Dia juga sentiasa hadir untuk menggunakan computer untuk melihat video mengenai e-sport dan dimasa yang sama mengajak rakan-rakannya untuk belajar mengenai computer. Sentiasa rajin bertanya didalam kelas menyebabkan Shahrul menjadi yang termahir didalam kelas.
Kisah kejayaan (Celik IT)
Siti Zuhairah Binti Zaidi
10 Tahun
Penggunaan Kemudahan ICT untuk menambahkan pengetahuan.
Sebelum Menyertai kelas ICT
Siti Zuhairah Binti Zaidi telah mendaftar sebagai Ahli Pusat Ekonomi Digital pada tahun 2017 bersama rakan-rakannya. Merupakan kanak-kanak yang riang tetapi mempunyai rasa ingin tahu yang kuat terhadap dunia moden terutama sekali dalam bidang IT telah menyebabkan dia mendaftar ke dalam kelas ini bersama rakan-rakannya.
Selepas menyertai Kelas ICT
Sebagai kanak-kanak yang menetap di kawasan pinggir bandar, pengetahuannya terhadap ICT adalah terhad justeru penyertaann Zuhairah ke kelas ICT yang dianjurkan oleh Pusat Ekonomi Digital telah membuka satu ruang baru untuk dia belajar mengenai kemodenan dunia iaitu IT. Dia semakin mahir menggendali computer dan software yang terdapat didalam computer.
Kisah kejayaan (Celik IT)
Muhammad Zawawi Bin Jamal
13 Tahun
Penggunaan Kemudahan ICT untuk menambahkan pengetahuan.
Sebelum Menyertai kelas ICT
Zawawi merupakan pelajar sekolah rendah yang sederhana. Dia merupakan seorang yang pemalu dan sukar menerima arahan disebabkan sifatnya yang pemalu itu. Sebagai seorang pelajar sekolah rendah yang akan melangka ke sekolah menengah beberapat tahun lagi, ibunya telah menghantar zawawi ke kelas ICT PI1M Telok Rimba selain untuk mempelajari ilmu ICT seperti kakaknya Nurul Syafiqah dan Nurul Shakirah.
Selepas menyertai Kelas ICT
Ibunya telah mendaftarkan Zawawi bersama kakak-kakaknya ke kelas ICT PI1M telok Rimba semenjak tahun 2017 dan sejak itu, Zawawi mula mempelajar sedikit demi sedikit mengenai ICT. Merupakan kanak-kanak yang sukar melihat computer telah menarik minat Zawawi ke arah teknologi terutamanya mengenai animasi. Dari seorang pelajar yang tidak tahu mengenai teknologi secara asas, Zawawi telah mula pengetahuan yang janggal untuk Zawawi pada mulanya. Dia juga telah Berjaya menghakis rasa malunya sedikit demi sedikit melalui kelas yang disertai.
_________________________________________________________________________________________________________________________________________
Kisah Kejayaan (Celik IT)
Nor Aisyah Binti Jasman
15 tahun
Penggunaan Kemudahan ICT untuk manambahkan pengetahuan.
Sebelum Menyertai Kelas ICT
Nor Aisyah telah menjadi ahli Pusat Ekonomi Digital Telok Rimba daripada tahun 2017 bersama-sama dengan adiknya Alya Sofea. Sebagai seorang pelajar sekolah menengah, dia perlu membuat ulangkaji dan kajian untuk report bagi subjek yang tertentu. Oleh itu, dia perlu sentiasa menggunakan computer untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan.
Setelah menyertai kelas ICT
Melalui kelas ICT yang disertainya, dia dapat belajar untuk menggunakan computer malahan internet dengan lebih efektif berbanding sebelum ini. Nor Aisyah juga sering mengajar rakan-rakannya menggunakn computer dengan ilmu yang diperolehinya didalam kelas ICT di Pusat Internt Telok Rimba.
_________________________________________________________________________________________________________________________________________
Kisah Kejayaan (Celik IT)
Nur Aisyah Binti Zamri
12 tahun
Penggunaan Kemudahan ICT untuk manambahkan pengetahuan.
Sebelum Menyertai Kelas ICT
AIsyah merupakan pelajar darjah 4 Sekolah Rendah Kebangsaan Telok Rimba. Sebagai seorang kanak-kanak yang membesar di kawasan kampung, Aisyah tidak mengenali mahupun merasakan kepentingan dunia ICT atau teknologi moden seperti kanak-kanak lain yang menetap di kawasan bandar. Pada Januari 2018, Ibunya telah mendaftarkan Aisyah ke kelas ICT di Pusat Ekonomi Digital Telok Rimba bersama rakan-rakannya yang lain.
Setelah menyertai kelas ICT
Melalui kelas ini, Aisyah telah diberi peluang untuk mendalami ilmu ICT dan teknologi moden justeru memahami kepentingan-kepentingannya didalam kehidupan dimasa kini. Setelah menyertai kelas-kelas yang disediakan Aisyah berupaya menggunakan komputer dan internet dengan mahir untuk menyelesaikan tugasan yang diberi oleh gurunya dengan mudah malahan keputusan peperiksaan Aisyah juga bertambah baik kerana Aisyah telah menggunakan kemudahan internet yang disediakan di Pusat Ekonomi Digital Telok Rimba untuk belajar dan membuat latihan subjek sekolah rendah secara online. Melalui internet juga Aisyah telah mengenal pasti minatnya kepada muzik dan bercita-cita untuk menjadi komposer muzik yang dikenali ramai.
_________________________________________________________________________________________________________________________________________
Kisah Kejayaan (Celik IT)
Muhammad Khairin Bin Kamaroszaman
14 tahun
Penggunaan Kemudahan ICT untuk manambahkan pengetahuan.
Sebelum Menyertai Kelas ICT
Muhammad Khairin merupakan pelajar Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Pei Hwa. Sebelum ini, dia hanya mengetahui mengenai Pusat Ekonomi Digital Telok Rimba daripada rakan-rakannya sahaja tanpa pernah berkeinginan untuk mengetahui mengenai fungsi Pusat Ekonomi Digital . Pada suatu hari, ibunya telah mendaftarkan Khairin sebagai ahli di Pusat Internt dan di kelas ICT untuk Khairin belajar dengan lebih lanjut mengenai computer dan fungsi-fungsinya.
Setelah menyertai kelas ICT
Setelah dari tu, dia sentiasa menghadiri kan diri di kelas ICT malah sentiasa mengajak rakan-rakannya ke kelas ICT yang dihadirinya. Mengetahui asas penggunaan komputer dari segi perisian, perkakasan dan juga penggunaan atas talian dengan cara yang betul dan membantu dari segi pembelajaran komputer.