Mengenali Alzheimer: Kenali Tanda Awal, Cegah Lebih Awal | W082
20 September 2025 | Aktiviti TerkiniPernah tak dengar kisah orang tua yang makin pelupa, tapi kita anggap biasa sebab “dah tua”?
Hakikatnya, pelupa biasa tak sama dengan Alzheimer – penyakit ini boleh menjejaskan ingatan, emosi & kehidupan harian. Lagi cepat kita kenal pasti, lagi besar peluang untuk kawal & cegah!
Jom sertai webinar santai & penuh info bersama:
Dr Tay Chai Li Pakar Perubatan Keluarga UD15, KK Simpang, PKD Larut Matang & Selama
Tarikh: Jumaat, 19 September 2025
Masa: 10:30 pagi
Tanda-tanda awal Alzheimer termasuk kesukaran mengingati maklumat baru, masalah dengan logik dan pemikiran, serta perubahan personaliti. Penyakit ini berbeza daripada pelupa biasa yang berlaku apabila usia meningkat, dengan gejala seperti kekeliruan, kesulitan dengan tugas harian, dan masalah ingatan jangka pendek yang ketara. Pengenalpastian awal adalah penting untuk pengurusan yang lebih baik, terutamanya kerana tiada penawar untuk penyakit ini setakat ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: