MAHIR FOTO: Content Power dengan Telefon
23 Ogos 2025 | Aktiviti TerkiniAssalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua Petugas NADI yang dedikasi,
Pihak MAHIR dengan sukacitanya menjemput semua ahli NADI untuk bersama-sama menyertai sesi Live Pocket Talk:
bersama Sizzling Suzai (Travel Blogger & Content Creator)
📍 LIVE di YouTube Studio NADI Mahir (bersiaran langsung dari PMR, Nilai, Negeri Sembilan)
🔗 Tonton di sini: https://youtube.com/live/ZhitSAd57Ic
Sesi ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada peserta mengenai:
Teknik menghasilkan gambar yang menarik menggunakan telefon pintar
Kaedah suntingan mudah dan praktikal
Strategi perkongsian konten secara kreatif di media sosial bagi menarik lebih ramai audiens
Penyertaan adalah percuma, tiada had umur, dan terbuka kepada semua ahli NADI.
Cara Pendaftaran melalui Mahir Training System (MTS): :
Pilih kursus: MAHIR SHORT LEARNING SERIES ➡️ SLS MAHIR FOTO ➡️ SLS QUARTER 3
Daftarkan / enroll peserta dalam kursus CONTENT POWER DENGAN TELEFON
🔴 Peserta baharu: Petugas perlu mencipta akaun peserta di MTS dan melengkapkan maklumat sebelum proses enroll.
🔴 Peserta sedia ada: Boleh terus enroll ke dalam kursus.
Peserta boleh menyertai sesi melalui pautan YouTube yang diberikan atau melalui pautan yang akan dimuat naik dalam kursus di MTS.
Kehadiran akan direkod secara automatik melalui enroll di kursus, tanpa perlu tick kehadiran secara manual di MTS.
Kerjasama dan sokongan semua Petugas NADI dalam menyebarkan maklumat serta menggalakkan penyertaan amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.
SSO NADI MAHIR
Memperkasa Kemahiran Komuniti
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: