Program Smart Service, Kesedaran Safe and Shield di SMK Tengku Mahmud Iskandar
14 November 2024 | Aktiviti TerkiniNADI Teluk Rimba telah menjalankan Program Smart Service, Kesedaran Safe and Shield di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Mahmud Iskandar. NADI Kampung Pulau Penarek dan NADI Kampung Parit Haji Idris juga terlibat dalam program ini. Program ini melibatkan seramai 888 orang pelajar.
Aktiviti yang dilakukan ialah ceramah bertajuk “S.A.F.E Internet”serta kuiz ringkas berkaitan ceramah yang diberikan. Aktitivi sampingan seperti pendaftaran MyDigital ID dan pemeriksaan saringan kesihatan juga dilakukan bagi guru dan staf sekolah. Pendaftaran ahli bagi pelajar juga diberikan secara percuma.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: