Penetapan Whatsapp Business
10 Ogos 2020 | Aktiviti TerkiniApa itu Whatsapp Business
- WhatsApp Business dan Personal adalah merupakan dua aplikasi yang sangat berbeza. WhatsApp Business lebih kepada boleh melayan pertanyaan secara automatik dengan tetapan yang sedia ada. Ini sangat berbeza dengan pengguna WhatsApp Personal yang lebih tertumpu hanya kepada laman chat sahaja.
- Untuk Permulaan untuk penetapan akaun Whatsapp Business, kita perlulah memuatturun dahulu aplikasi Whatsapp Business ini dahulu.
Cara tetapan Profil Busines Anda
- Pergi ke 3 titik di bahagian atas sebelah kanan , dan klik pada Setting.
- Kemudian klik kepada Business Setting.
- Pada bahagian ini anda perlu untuk tetapkan Profile, dan Away Message, Greeting Message dan Quick Reply.
- Pertama : Cara tetapan pada Profile. Pada bahagian ini anda perlu tetapkan lokasi bisnes, jenis bisnes, pengenalan bisnes, waktu operasi bisnes, email dan website. Paling penting di bahagian ini adalah pada waktu operasi, Away Message akan dihantar kepada prospek yang whatsap di luar waktu operasi anda.
- Kedua : Fungsi Statistik. Pada bahagian ini anda akan dapat ketahui bilangan mesej dihantar, mesej yang sampai kepada pelanggan, mesej yang dibuka atau dibaca dan juga mesej yang diterima.
- Ketiga : Edit pada Away Message.(Pastikan anda ON terlebih dahulu). Away Message ini akan dihantar kepada mereka yang WhatsApp anda diluar waktu operasi bisnes anda yang ditetapkan di dalam profile.
- Keempat : Edit Greeting Message. Greeting Message ini akan dihantar kepada mereka yang first time WhatsApp anda & kepada mereke yang tidak aktif lebih dari 14 hari selepas WhatsApp anda.
- Kelima : Edit Quick Reply. Quick reply ini berguna untuk memastikan reply yang pantas kepada prospek. Anda boleh sediakan template message yang biasa di tanya oleh prospek anda seperti nombor akaun, detail servis dan sebagainya. Apabila anda nak reply kemudian, anda hanya perlu taip “/” sahaja dan satu drop down untuk kesemua quick reply yang telah ditetapkan akan muncul.
- Selesai.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: