Pendaftaran Lokasi Check-In pada Aplikasi Mobile My Sejahtera
4 Ogos 2020 | Aktiviti TerkiniAPAKAH APLIKASI MYSEJAHTERA?
MySejahtera merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu dalam pengawasan penularan wabak COVID-19 di dalam negara dengan membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri.
5 SEBAB KITA KENA DOWNLOAD APLIKASI MYSEJAHTERA KKM
Penggunaan Aplikasi MySejahtera dapat membantu rakyat Malaysia mengekang wabak ini dengan lebih efektif. Berikut adalah 5 sebab kenapa kita perlu install aplikasi MySejahtera ini:
- Mengetahui risiko mereka terhadap COVID-19 dengan melaksanakan penilaian kesihatan kendiri dan isi rumah dari semasa ke semasa
- Mendapatkan panduan mengenai tindakan yang perlu dilaksanakan sekiranya diklasifikasikan sebagai individu berisiko jangkitan COVID-19.
- Membantu individu mengenal pasti hospital dan klinik terdekat untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan COVID-19.
- Memperolehi maklumat terkini dan sahih tentang COVID-19 di Malaysia dan seluruh dunia.
Sebab kenapa perlu daftar lokasi check-in.
- Supaya pelanggan atau pelawat dapat mengurangkan sentuhan pada barang seperti menulis menggunakan pen yang sama.
- Dapat menjimatkan masa dengan perlu scan sahaja data terus masuk kedalam system pangkalan data mysejahtera.
- Dapat menjimatkan masa daripada beratur terlalu lama dan panjang menunggu giliran.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: