dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Teluk Rimba, Johor
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Hari Sukan Kampung

21 Disember 2017 | Aktiviti Terkini

Pihak Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia bersama perpustakaan Desa Telok Rimba telah menganjurkan Hari Sukan Kampung Tradisional dimana peserta adalah dibawah kategori 18 tahun. Hari Sukan di hari kedua ini terbahagi kepada 2 kategori iaitu ayam dan musang dan galah panjang. Peserta perlu membuat pendaftaran sebelum diberi penerangan mengenai permainan. Peserta juga dibahagi kepada beberapa kumpulan sebelum permainan dimulakan.

Untuk permainan ayam dan musang, peserta akan dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu musang dan ibu ayam dimana musang hanya terdiri daripada seorang individu. Tugas musang adalah untuk menangkap semua anak ayam dan ibu ayam sebelum ibu ayam dapat melepaskan diri ke reban ayam. Untuk permainan kedua iaitu galah panjang, peserta akan dibahagi kepada 2 kumpulan iaitu kumpulan A dan kumpulan B. setiap pusingan, kumpulan A dan B akan diberi tugas samada bertahan dan menyerang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.