dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Teluk Rimba, Johor
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Jom Ngeteh

11 September 2017 | Aktiviti Terkini

Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia kolaborasi bersama Perpustakaan Desa Telok Rimba dan tabika Kemas Telok Rimba telah menganjurkan program Hari Malaysia di Tabika Kemas Telok Rimba. Aktiviti yang dianjurkan adalah perbarisan, nyanyian lagu negaraku dan lagu bangsa Johor, ucapan pengerusi, pertandingan mewarna tengkolok dan mewarna bekas telur untuk dijadikan bendera Malaysia bersaiz gergasi. Peserta terdiri daripada ibu bapa pelajar, pelajar sekolah Tabika Kemas Telok Rimba dan guru.

Pelajar tabika kemas akan diberikan kertas yang berisi lakaran tengkolok bercorak bendera Malaysia. Mereka perlu mewarna bendera tersebut dan atas bantuan staff atau guru, kertas tersebut akan digunting untuk dijadikan tengkolok. Untuk kategori ibu bapa pula, mereka akan mewarna bekas telur mengikut warna bendera Malaysia untuk ditampal diluar kelas. Program berakhir dengan penyampaian hadiah dan jamuan ringkas.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.